Sunday, 9 August 2015

Personal: Langkah Pertama ... (First Step)

Emmm... actually , Memang dah lama rasanyer teringin sangat ally nak menulis blog... like seriously teringin... tapi rasa mcm takde bakat sangat dlm bidang penulisan nie... 


tulis...
publish pastu delete... buka... tutup... 
buka ..tutup blog... 
memang takde keyakinan diri lah dan rasa cara ally menulis pun tah apa-apa...

tapi sebenarnya, ally ade banyak sangat cerita nak cerita... dan nak tulis kat sini,
banyak pengalaman yang nak ally potretkan buat tatapan pada masa hadapan... berharap supaya cerita itu akan kekal sampai bile2 ...kecualilah kalau tetiba company blogspot nie bungkus... tu mmg tak dapatlah ally nak nolongnyer....

So, bermula hari ini... ally ade banyak perkara dan azam yang nak dan perlu dibuat ...
Samada jadi atau tidak, ally ber'tawakal' sahaja kerana kita hanya mampu merancang tapi Allah lah yang menentukan segala2nya....
kerana kadang2 perancangan yang kita atur itu tidak sama dengan perancangan dan percaturan daripada Allah...

bukan nak kata Allah tu tidak Pemurah pada kita cuma mungkin Allah rasa perancangan yang kita dah buat tu tidak cukup baik sebenarnya buat kita sbb itu Allah tidak permudahkannya...
Dan sempena dengan pertambahan usia maka bermulalah keazaman yang baru...

So, Mari kita mulakan langkah pertama ini pada kala umur yang baru nak bertambah ini... pada pengalaman baru yang akan mematangkan kita ... dan pada azam baru yang mungkin akan terlaksana atau mungkin tidak...

Moga hidup ini lebih istiqamah... lebih baik dari sebelumnya dan Moga masa yang ada lagi ini dapat digunakan dengan sebaik-baiknyer... AMIN.

~ally~

 "That's one small step for man, one giant leap for mankind" 
~Neil Armstrong, Moon (1969) 


No comments:

Post a Comment